Saturday, March 26, 2011

durhakakah diriKu iNi...


Ya ALLAH Yg Maha Esa lagi Maha Mengetahui...

berdosakah diriku ini...adakah aku nie seorang anak yg durhaka??
percayalah sesungguhnyer aku xpernah mengabaikan keluargaku lebih2 lagi ingin memporak perandakan kehidupan aku sekeluarga..aku sedar diriku nie hina dan sangat kerdil untuk melahirkan atau memupuk rasa kasih sayang...aku xnafikan yg aku nie mmg jenis tidak pandai menunjukkan rasa kasih sayangKu kepada keluarga tp percayalah yg aku mmg xpernah lupakan keluargaKu...mmg luarannyer menampakkan aku nie seorang yg xpernah amik kisah tp dalam 1masa yg sama aku masih lg memerhati dan menjaga keluargaku..sesungguhnya aku sanggup berkorban ape saje termasuk nyawaku untuk keluargaku..
mungkin caraKu yg menjadikan aku sebegini...aku xpandai untuk membuatkan org nampak aku nie amik berat..aku cuba untuk tidak menyakiti hati sesaper walau dalam diam hati aku sendiri yg merana..aku xpenah kisah tu semua asalkan semua keluargaKu senang..bgku susahku biarlah aku sendiri yg tanggung tp susah org biar lah aku fikirkan...nie ler kelemahan aku yg membuat aku terus hanyut,terus lalai dan terus sesat...Alhamdulillah sesesat aku pun aku masih lg ingat YG MAHA ESA...tp untuk ape semua tu kalau aku masih lg terus bergelumang dalam kesesatan??bknkah disinie menampakkan aku seorang yg HIPOKRIT....errmm...tah ler..aku xtau canne harus ku buat lg..mmg dah aku nie camnie..perangai n sifat aku da diajar camnie..ape2 jua yg aku nak,yg aku inginkan,aku harus berusaha sendiri...ader pernah org amik tahu pasal aku??kehidupan aku??sihat ker aku,sakit ker aku??aku xpernah mempertikai or luahkan kat sesaper sbb aku xnak susahkan org terutamanyer keluarga aku..
aku tahu aku nie mmg hina,mmg jahat,zalim dan kejam pada batinnyer tp aku terpaksa...mmg org nampak aku nie biasa dan tidak amik tahu ape2 tp aku nie sebaliknyer..
apepun lumrah kehidupan mmg da xboleh diubah.nak xnak aku harus terimanyer jua ngan ati terbuka...

xpela...asalkan semua org disekeliling aku terutamanya keluarga aku senang hati dan xdibebankan ngan ,masalah aku...aku xkisah walau aku nie nampak hina,.asal aku xmenyusahkan org...

Monday, March 14, 2011

SelamAt haRi Buku SeDunia..


Hari Buku Sedunia diperingati setiap tanggal 23 April, tanggal tersebut merupakan tanggal wafatnya penulis William Shakespeare and Miguel de Cervantes yaitu pada tahun 1616. Tanggal 23 April juga sebagai tanggal lahir William Shakespeare pada tahun 1564. Unesco menetapkan tanggal tersebut sebagai Hari Buku Sedunia sebagai bentuk penghormatan bagi kedua tokoh tersebut yang dikategorikan sebagai penulis dunia yang berjasa dibidangnya.
Buku merupakan hal penting bagi kita, dengan buku kita dapat mempelajari banyak hal yang tidak kita ketahui sebelumnya. Buku memberikan pencerahan bagi siapa saja yang dapat mengeksplorasinya dengan baik sekaligus menerapkannya dalam kehidupan sehari-hari. Dunia begitu luas dan kita dapat menikmatinya lewat buku, oleh karena itu buku sering dikatakan sebagai jendela dunia.Sejarah manusia yang dituliskan kedalam buku sangat bermanfaat bagi kita, isinya merupakan pelajaran tentang kehidupan yang berguna pada masa kini. Sejarah yang ditulis dapat menjadi rahmat bagi kita, ertinya suatu peristiwa yang baik dalam sejarah harus kita ikuti, sebaliknya peristiwa yang buruk harus kita hindari. Oleh kerananya kita akan menjadi celaka bila tidak memahami rambu-rambu yang ada dalam perjalanan sejarah untuk dijadikan pelajaran pada sekarang ini.

Karya-karya tulis terbaik dunia, dapat kita nikmati lewat buku dan kita mendapat pengetahuan kerana isinya bermutu. Bahan kitab-kitab suci pun yang tadinya berupa suhuf-suhuf atau lembaran yang disucikan yang terserak pada daun lontar akhirnya dapat kita baca dalam bentuk buku.

Wednesday, March 9, 2011

eN mahPus...

pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, " ayang,period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor." Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gembira ini sehingga ianya benar2 pasti. Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Pegawai TNB tu pun berkata " ini rumah En. Mahpus ker?" "iya, saya ni isterinya. ada apa encik" Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah." Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu." APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???" Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab " ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online" Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut. "APAAA????Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? " Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan" Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan" Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, nanti saya bincang dengan suami saya..lalau pegawai TNB tu pun beredar dari situ.. Keesokkan harinya, selepas si Mahphus ini di beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB ygberdekatan.. Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr??? Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan keadaan. "sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si mahphus naik berang. "APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...." Lalu pegawai TNB tu pun cakap " kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik punya....... ...." Si Mahpus mencelah " apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai apaaaaaa??? Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN AJERRRLAAAAAAAA" mahpus : kuang ajar (sambil menumbuk muka pegawai TNB itu)

3 menanTu

Alkisah ada Seorang ibu dengan 3 menantu dari ketiga-tiga puterinya yang cantik-cantik, sang ibu mertua ingin tahu apakah ketiga menantunya itu sayang kepada mertuanya atau cuma putrinya saja. Dia lalu memutuskan menguji mereka secara bergantian. Suatu hari dia mengajak menantu pertama naik perahu motor ke tengah laut. Di sana dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu & terlempar ke dalam air laut. Sang menantu tanpa pikir panjang langsung terjun menyelamatkan ibu mertuanya. Besoknya ketika keluar rumah, sang menantu pertama melihat mobil Nissan Livina terparkir di depan rumah, & secarik kertas bertulisan “Dari ibu mertuamu”. Giliran menantu ke-2 yang diajak ke tengah laut. Sekali lagi sang mertua pura-pura terjatuh & terlempar keluar perahu. Menantu kedua ini melupakan pakaian & dompetnya, langsung terjun demi menyelamatkan mertua tercinta. Besoknya di depan rumah menantu ke-2 terparkir Toyota Alphard, disertai kertas bertuliskan “Dari ibu mertuamu” Ketika giliran menantu ke-3 diajak ke tengah laut, sang mertua kembali melakukan gerakan terjun bebas kuank lentang kuak kupu2....Tapi, malangnya kali ini sang menantu bercekak pinggang memandang ibu mertuanya yang tercungap-cungap di dalam air. Sempat-sempatnya dia berkata, “Rasakan kau!”, sambil berputar membawa perahunya ke darat. Besok harinya ketika menantu ini keluar rumah, di depan rumahnya terparkir Mercedes Benz S-Class terbaru beserta kertas bertuliskan, “Dari ayah mertuamu”.

KelahiraN

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka… Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.” “Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya. Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!” “Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua. Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang. “Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira. Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya, “Apakah yang merunsingkan awak?” Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”takut plak dpat anak tujuh sebelas...."

pEkak

Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran. "Seberapa burukkah pendengarannya?" tanya doktor. "Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya." "Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya." Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?" Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter. Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya. "Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit. Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit: "Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!" Rupa2nya si Udin yg pekak!!!!

si Amin

Pada suatu hari Si Amin disuruh oleh emaknya mengambil mangga di kebun. Sedang Amin memanjat pokok mangga, tiba-tiba dia terlihat ke bawah ada sepasang remaja sedang 'bercekerama'. Maka berdirilah bulu roma Si Amin. Dia pun bertahan di atas pohon sambil menahan lututnya yang semakin mulai gemetar. Tak lama kemudian didengarnya suara isak tangisan remaja perempuan itu, sambil tersendat-sendat dia bicara. "Abang macamana kalau saya hamil nanti? Abang kena bertanggung jawab." "Sudahlah, sayang, kita serahkan semua ini pada Yang Di Atas, " jawab si lelaki.. Si Amin terperanjat lalu dia berteriak, "Wah! wah! kamu berdua yang sedap-sedap di bawah, senang-senang nak serahkan semuanya pada aku! Aku kan cuma tengok saja, usik pun tidak!!"......

sElseMa bUruNg

"Doktor," kata seorang ayah melalui telefon, "Anak lelaki saya menderita Selsema Burung." "Saya tahu,"jawab doktor. "Semalam saya telah ke rumah anda dan memberinya ubat. Pisahkanlah dia dari semua orang yang ada di rumah." "Tapi, doktor," kata ayah yang cemas itu. "Dia telah mencium pembantu rumah kami." "Kasihan. kalau begitu dia juga perlu dikuarantin." "Tapi, doktor, saya juga telah mencium pembantu itu." "Wah, ini rumit. Bererti anda juga sudah menyimpan benih penyakit itu." "Ya, dan tidak lama setelah itu, saya juga mencium isteri saya." "Celaka,"jawab doktor, "Kalau begitu saya sudah dijangkiti,….

Dear Ayang

bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang nnti kalau ilang siapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah.. cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja... lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang.. pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah.. tu lah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang.. sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm80k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm80k..tapi demi ayang abang wat jugak.. sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm.. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu... pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer.. tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang.. nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana.. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit.. kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital.. abang kene tanduk xpe.. jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang kesian tapi muka ayang lepas jatuh longkang tu xleh abang nak bayang kan cam mana....tgk laa sendiri gambar tu.... ok lah ayang.. nnti lepas cuti skolah kita jumpa lagi eah.. bye ayang love, abang

SURAT ISTERI KEPADA SUAMI

ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jaga lah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang inginayang luahkan disini.kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali..sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam...abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susahsejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah.. kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah.. kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi?? ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang.. SURUH KERETA ABANG JAGA ABANG ELEOK2 

(ada sambungan...tggu surat dari suami pula....)

elektrik

Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris. Ceritanya... . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat. "Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!". ( Bermaksud tipu ) Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "ele..trick" . Jadi digunakanlah perkataan "ELE..TRICK" yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang

sUkaN

LARI 100KM BERPAGAR- 
Corak pertandingannya sama dengan lari 100 meter berpagar. Sukan ini dahulunya amat popular di Uganda dan pernah dipertandingkan dalam Olimpik 1821 di Guantong, China. Kepupusan sukan ini adalah kerana peserta yang memasuki sukan ini akan mati pucuk serta mengalami osteoporosis kerana kerap melompat pagar setiap 10 meter. Sejarah mencatatkan tiada pemenang dalam pertandingan ini kerana baru nak masuk 1 km je banyak yang muntah darah dan terberak-berak. 

REJAM LEMBU 
Berlainan dengan sukan merejam lembing sekarang ini, merejam lembu lebih famous pada masa dahulu kerana banyak kenduri-kenduri kahwin memerlukan lembu untuk dibuat gulai. Peserta akan menarik tali di lubang hidung lembu dan membuat balik kuang untuk membaling lembu tersebut ke rumah yang melangsungkan kenduri. Secara otomatik lembu itu akan terhempas dan hancur kemudian terus dibuat gulai. Kepupusan sukan ini adalah di sbbkan ada kes lembu merejam manusia. 

LOMPAT KAJANG 
Sekiranya Lompat Kijang memerlukan lompatan yang ke atas pasir, Lompat Kajang pula memerlukan peserta melompat sampai ke Kajang, Selangor sambil membacakan pantun 'Kajang Pak Malau, Kajang Belikat'. Kemudian apabila sampai di Kajang perlulah pula peserta membeli Satey Kajang dan makan dengan lidi-lidinya sekali. Kepupusan sukan ini adalah disebabkan pada waktu itu kedai sate Hj Sahmuri masih belum dibuka. 

BOLA TEMPELENG 
Sukan ini amat berlainan dengan Bola Tampar kerana permainan ini memerlukan pemain menempeleng muka pengadil sambil menyanyikan lagu negaraku. Sukan ini pupus kerana sesiapa yang jadi pengadil pada perlawanan ini akan mengalami sakit untut berpanjangan akibat dari tempelengan para pemain.

lelaKi & waNita

1)Rata-rata wanita tidur lebih lama 1 jam daripada lelaki pada waktu malam. 
2)Wanita mempunyai sel darah 1 juta lebih sedikit daripada laki- laki dan rata-rata berat otak laki-laki + 1,4 Kg, wanita kurang dari itu. 
3)Rata-rata pendengaran laki-laki menurun sekitar usia 32, wanita usia 37. 
4)Lebih banyak wanita dapat bernyanyi tanpa suara sumbang dibanding laki-laki. Pita suara laki-laki lebih panjang dan saluran napasnya 30 % lebih besar. 
5)Kira-kira 48 % laki-laki mendengkur ketika tidur, hanya 22 % pada wanita.

Tuesday, March 8, 2011

hujan OH hujan....




errmm...arinie seharian bumi klate disirami titisan airmata bidadari...ase segar sgt coz agak lama panas terik..walaupun cuaca sebeginie agak menghalang pergerakan,aku masih mampu teruskan kerja harianku...
berbekalkan baju n seluar givi...biasa ler lau hanya ader moto nie...itu jerk yg aku mampu..apepun aku bersyukur ler..Dia da banyak berjasa pada ku...thanks DAX4526...
seharian arinie aku men ujan..lamer suda xmen ujan...maklom la da besar nie lau dok umah men ujan tu ase malu...nie lau nek moto org xckp ler sgtkan..ase tenang n lega sgt aku arinie..tension lam benakKU pun ase hilang skit...sesungguhnya setiap kejadian yg ALLAH berikan tu ader hikmah n nikmatnya...cuma kita sebagai insanNYE saja yg perlu pandai menerima setiap yg dianugerahkan...

Monday, March 7, 2011

Puas ati..




hahahaha...arinie aku ase puas ati sgT walaupun arinie aku bgn lambat n lewat g keje....
korang nak tau pe sebabnyer eks??
tu tgk kat blog aku da berjaya wat katogeri kat atas tus..pecah n pening paler gak ler aku study...try n error ler pe...last2 aku da leh wat..hUhuHuhu....thankS tok ciracoz bgtau cara2 nak waT...susah ler tp bila tgk hasil puas ati..apepun nie simple jerk..xlawo2 maner lg...

Saturday, March 5, 2011

Jiwa KacaU

errmmm...tah ler..xtau aku nak ckp n nak watpe lg...tiap kali aku terfikir,tiap kali tu la aku temui jalan buntu..bak kata pepatah,nak ku luahkan mati mak,nak ku telan mati bapak..
kenape la semua nie harus terjadi..ku ingatkan biler camnie dapat mengerat dan mendekatkan lg perhubungan tp cam jd sebaliknyer..aku xtahu canne harus ku lakukan agar semua berpuas hati..asenyer aku xpenah nak bezakan sesaper..semua ader lam ati aku tp biler semua nie aku dgr dr belakang,aku mula berfikiran lain...TolongLah ngan wat camnie..aku juba menghormati n cuba xmenyusahkan sesaper..andai kata aku salah n aku harus membalas ape2 cakap la kat aku,jgn memburuk2kan diriku dibelakangKu..
ape yg aku ckp nie bkn sekadar luahan saje2 tp hakikatnya ia luahan atiku yg kekusutan dan luahan nie aku tujukan kat semua kwn2,sahabat handai n semua keluargaKU...
andai kata terdapat kesalahanku tolonglah bersemuka dgnKu agar aku dpt memperbetulkan semuanya...aku xkisah jika keputusan yg akan ku lakukan itu terpaksa mengorbankan kebahagianku..asal org sekelilingku bahagia ku akan lakukan selagi termampu...